Menurutnya, kejayaan membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 merupakan bukti amalan demokrasi berparlimen terus subur di negara ini.
“Kematangan berfikir, menghormati dan membina budaya adab berpolitik yang sihat, menjadi kekuatan kepada peralihan transisi kuasa kerajaan dalam suasana tenang.
“Kerajaan harus terus memacu pertumbuhan ekonomi negara demi masa hadapan lebih baik dan terjamin buat rakyat. MCCF yakin dengan keberkesanan kepemimpinanan dan pengalaman Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baharu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Dalam pada itu, Halim turut menghargai dan mengucapkan terima kasih kepada pimpinan kerajaan Barisan Nasional yang telah memakmurkan negara sebelum ini.
“MCCF yang berdaftar di Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri akan terus memainkan peranan dan menyumbang kearah pembangunan serta kesejahteraan komuniti masyarakat di negara ini,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE