.... Jeffrey Kitingan dakwa kerajaan Persekutuan buli Sabah | AAKJ



12 MEI: Kerajaan negeri campuran BN – Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) masih sah mengikut Perlembagaan negeri, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Jeffrey Kitingan.
Beliau berkata kesemua wakil rakyat parti itu mengangkat sumpah mengikut Perlembagaan.
“Adakah anda rasa sesuai untuk melanggar Perlembagaan?
“Kita sepatutnya menghormati mandat yang rakyat bagi, jangan mempermainkan hak rakyat, bagaimana Kerajaan Persekutuan boleh membuli kerajaan negeri sekarang, ini tidak baik untuk kestabilan negara,” katanya di Kota Kinabalu hari ini.
Menurut Jeffrey, ketika kerajaan campuran mengangkat sumpah, Parti Warisan Sabah tidak mempunyai majoriti justeru mereka perlu menghentikan tindakan membeli wakil rakyat menyertai parti itu.
“Sekarang mereka mahu lari sana, lari sini, kita mesti hentikan kalau mahu lihat kemajuan dan kestabilan negara,” katanya lagi.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top