Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Unit Komunikasi Strategik Ibu Pejabat UMNO, hari ini, UMNO berkata, kerajaan sepatutnya memikirkan cara bagaimana untuk meningkat prestasi Petronas di dalam dan luar negara, di samping menambah pegangan asing dan menaikkan pendapatan, daripada mengambil jalan mudah mencari wang untuk mengkotakan janji-janji di dalam manifestonya.
"UMNO beranggapan Kerajaan PH tidak ada ahli yang dapat berfikir secara 'outside the box' atau di luar kotak bagi memenuhi janji manifesto ini, kecuali mengambil jalan mudah," kata kenyataan itu.
"Kalaulah benar hasil jualan saham Petronas sebanyak RM200 bilion itu dikhaskan untuk membayar hutang negara, dari mana pula lebihan RM800 bilion akan diperolehi untuk mencukupkannya?" kata kenyataan itu lagi. - UTUSAN ONLINE