.... Jangan biar sejarah hitam 1999 Terengganu berulang | AAKJ



KUALA TERENGGANU: Tindakan tidak berperikemanusiaan kepada anak kecil di Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) yang terpaksa mengusung meja dan kerusi apabila dihalau Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) selepas PAS mengambil alih tampuk pemerintahan pada 1999, masih menjadi igauan ngeri sebahagian besar rakyat negeri ini.
Walaupun kezaliman itu berlalu hampir 19 tahun lalu, iaitu selepas PAS memenangi Pilihan Raya Umum Ke-10 (PRU-10), sikap membisu seolah-olah membalas dendam oleh pucuk pimpinan tertinggi parti itu masih menghantui fikiran pengundi untuk terus memberi mandat kepada PAS pada PRU-14, esok.
Selain bertindak menghalau kanak-kanak daripada Tabika di balai raya sehingga menyebabkan pembelajaran terpaksa dilakukan di wakaf atau menumpang di ruang tamu rumah penduduk, JSR yang dilantik kerajaan PAS terus bermaharajalela apabila turut merantai mesin jahit dibekalkan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) untuk melatih golongan wanita menjahit pakaian.
Sikap agresif pemimpin dan penyokong PAS terserlah apabila mereka mengepung dan mengunci pintu pagar Wisma Darul Iman, beberapa jam sebelum keputusan PRU-10 diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Dicaci pemimpin PAS
Seorang mangsa sikap agresif pemimpin dan penyokong PAS, Roslan Abdul Rahman, 55, berkata cacian dan pelbagai kata carutan dilemparkan ketika dia dan isteri serta anak keluar dari pekarangan Wisma Darul Iman.
Katanya, dia dan ahli keluarga serta anak cuba dihalang untuk keluar dari Wisma Darul Iman, selepas kunci keretanya dirampas pemimpin PAS.
"Saya bernasib baik apabila seorang rakan membantu keluarkan saya daripada kepungan pemimpin dan penyokong PAS.
"Walaupun kejadian itu sudah berlalulebih19 tahun, peristiwa kelakuan biadab dan di luar ajaran Islam itu masih menghantui saya dan ahli keluarga," katanya.
Biarpun peristiwa zalim itu berlaku pada 1999 hingga 2004 dan rakyat sudah menjatuhi hukuman kepada parti itu apabila pemimpin mereka hanya memenangi empat daripada 32 kerusi pada PRU-11, sikap kepemimpinan PAS yang diibaratkan sebagai biskut 'Chipsmore' kerana gagal melaksanakan tanggungjawab selepas diberi mandat amat mengecewakan pengundi.
Sebagai bukti rakyat mengalah dan tidak berdendam selepas menjatuhkan hukuman kepada PAS pada PRU-12, calon parti itu sekali lagi diberi mandat apabila PAS dipilih memenangi 15 daripada 32 kerusi yang dipertandingkan pada PRU-13.
Bagaimanapun, 15 Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) PAS, termasuk seorang wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR) gagal melaksanakan kewajipan seperti dijanjikan selepas diberimandat 'percubaan' pada PRU lalu.
Seorang suri rumah, Asmah Salleh, 50, dari Kampung Padang Tanjung, Bukit Payung, Marang, berkata sejak PAS memenangi kerusi di DUN Bukit Payong pada PRU lalu, tiada kelibat wakil rakyatnya masuk ke kampung untuk menyelesaikan masalah dihadapi penduduk.
"Kami hanya mengenali dan berjumpa wakil rakyat PAS yang kini dipilih semula untuk bertanding ketika dia masuk kampung menabur pelbagai janji, ketika berkempen pada PRU lalu.
"Saya sendiri sudah lupa wajah sebenar wakil rakyat PAS itu, tetapi hanya nampak semula wajahnya melalui poster, televisyen serta akhbar, selepas diumumkan sebagai calon untuk bertanding pada PRU yang akan diadakan esok," katanya.
Asmah berkata, pemimpin PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memenangi 15 kerusi DUN dan empat Parlimen di negeri ini pada (PRU-13) diibaratkan sebagai biskut 'Chipsmore'.
Pemimpin tak turun padang
Katanya, gelaran pemimpin biskut 'Chipsmore' itu amat bertepatan apabila semua bekas wakil rakyat parti pembangkang itu menghilangkan diri selepas diberi mandat, tetapi muncul semula menabur pelbagai janji menjelang PRU Rabu ini.
"Pengundi di 15 DUN dan empat Parlimen yang dikuasai pemimpin PAS bernasib baik, kerana Kerajaan Barisan Nasional (BN) masih mengambil berat untuk membantu menyelesaikan masalah pengundi apabila melantik Pegawai Penyelaras DUN (PPD).
"PPD yang dilantik Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, tidak berdendam seperti dilakukan pemimpin parti pembangkang, apabila mereka menyalurkan bantuan tanpa memilih kasih dan fahaman politik," katanya.


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top