.... Harga kereta mungkin naik jika SST dilaksanakan, kata Nissan | AAKJ



PETALING JAYA: Pemansuhan 6% cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan pengenalan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) mungkin tidak membantu menurunkan harga kereta seperti yang diharap-harapkan.
Pengarah jualan dan pemasaran Edaran Tan Chong Motor, Christopher Tan memberitahu media, harga kenderaan Nissan mungkin naik sedikit, lapor laman web auto popular paultan.org.
“Bagi hampir setiap jenama, apabila kita bertukar dari cukai SST kepada GST, harga sebenarnya turun sedikit,” kata Tan semasa pelancaran Nissan Serena S-Hybrid terbaharu.
“Sekiranya cukai SST dilaksanakan ia sebenarnya sama seperti sebelum ini, sebenarnya ada kenaikan harga.

“Apa yang boleh saya katakan sekarang adalah mungkin sekarang adalah masa terbaik untuk membeli kereta, kerana jika SST dilaksanakan, anda terpaksa membayar dengan harga yang sedikit tinggi pada masa depan.”
Tan berkata cukai SST sebelum ini ialah 10%.
Beliau menambah Nissan memperkenalkan skim perlindungan harga untuk menggalakkan orang ramai terus membeli kereta daripada menunggu GST dimansuhkan.
Di bawah skim ini, pelanggan yang membeli kereta mereka mulai bulan ini akan mendapatkan perbezaan pulangan yang dikembalikan kepada mereka jika harga turun selepas SST dilaksanakan.
Laman web itu berkata bagaimana bentuk pulangan wang ini dibuat belum diputuskan.
Skim yang sama juga diperkenalkan untuk kenderaan Subaru, dengan harga dikekalkan pada harga semasa bagi kenderaan yang dibeli dari sekarang hingga 18 Ogos.
Laman web itu juga berkata jika harga dikurangkan apabila SST dilaksanakan, perbezaannya akan dipulangkan dalam bentuk baucar perkhidmatan atau harga yang diselaraskan.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top