.... Gelombang Bendera Hijau Pas Tidak Mampu Menarik Ahlinya Kembali | AAKJ



Pas melalui lidah-lidah akhbar mahupun media internet sudah mula masuk fasa promosi secara besar-besaran.
Penggunaan frasa ‘gelombang hijau’ adalah semata-mata untuk menampakkan bertapa hebatnya pergerakan Pas di Terengganu.
Pembaca perlu ingat kenapa ada lidah-lidah pro biawak Pro Pas menggunakan frasa gelombang hijau kenapa takut untuk berterus terang menggunakan ‘tsunami hijau’.
Mungkin lidah-lidah biawak Pas takut untuk menggambarkan keadaan sebenar apa yang terjadi dengan Pas di Terengganu.
Pertama, bendera Pas hanya nampak gah di kawasan tertentu sahaja dan bukannya keseluruhan negeri Terengganu itu pun kerana pendekatan samseng yang Pas gunakan sejak bertahun-tahun supaya bendera-bendera parti lain tidak dapat dipasang secara adil di kawasan ‘hot spot’ Pas contohnya di Marang kalau Pas hebat kenapa sahaja di kawasan Haji Hadi sahaja dipasang (pendekatan samseng).
Kedua, pembinaan replika-replika dikatakan ada yang mengambil kesempatan untuk mencari duit mudah sama ada benar atau tidak dakwaan ini pihak pas perlu tampil beri penjelasan kerana terdapat tong-tong sedekah berhampiran replika tersebut dan ada di antaranya dikatakan mencecah sehingga RM40,000 dalam masa dua malam.
Timbul persoalan apa niat sebenarnya pembinaan replika ini untuk menyusahkan ahli atau untuk kumpul duit parti atau ianya milik sekumpulan hardcore Pas.
Ketiga, sudah masuk hampir seminggu kempen pilihan raya berjalan namun di akhbar lidah-lidah biawak Pas belum ada berita tergempar mengenai kemasukan kembali ahli Pas yang sudah lari kepada PAN apa yang ada hanya berita ahli Pas menyertai UMNO.
Akhirnya apa maksud akhbar lidah-lidah biawak Pas mengatakan wujudkanya Gelombang Hijau apakah ianya pertandingan memasang bendera parti atau pertandingan mencipta replika terbaik bagaimana dengan pertandingan mengambil hati rakyat Terengganu bayangkan dari 15 manifesto Pas negeri Terengganu 13 daripadanya sedang dan telah dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional dan selebihnya lebong semata-mata.
Pengamal media perlu jujur melapor berita bukan sekadar mengipas untuk mendapat dedak.
By
 

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top