.... DAIM – PEROMPAK TERAKHIR MELENGKAPKAN PAKATAN KORUPSI RAKYAT (PKR) | AAKJ



Penyertaan Tun Daim Zainuddin dalam kempen Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pilihan raya umum KE-14 kali ini melengkapkan keseluruhan pasukan korupsi yang didakwa menguasai Malaysia sepanjang rejim pentadbiran Mahathir dan kini berada dalam PKR.

Jika anda membaca buku-buku Jomo Kwame Sundaram seperti “RENTS, rent-seeking and economic development : theory and evidence in Asia” dan “Malaysia’s political economy : politics, patronage and profits” semua tuduhan dan dakwaan korupsi bertumpu kepada Mahathir, Anwar Ibrahim, Daim Zainuddin dan Rafidah Aziz.
Apabila Anwar Ibrahim dipecat dari UMNO, beliau menubuhkan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Maka ketika itu Anwar menamakan Mahathir, Daim Zainuddin dan Rafidah Aziz sebagai perompak harta rakyat.
Mahathir pula pada 1998 ketika memecat Anwar Ibrahim telah menyenaraikan ratusan syarikat besar milik kroni Anwar Ibrahim. Pada tahun ini juga muncul Naib Gabenor Bank Negara yang mengakui menjadi penyimpan kira-kira Anwar Ibrahim membabitkan harta berbilion ringgit.
Hari ini keempat-empat “perompak wang rakyat” bergabung di bawah PKR. Eloklah PKR ditukar kepada Parti Korupsi Rakyat.
Terdapat gosip politik bahawa Daim telah “melabur” sebanyak RM30 juta dalam pilihan raya umum kali ini dengan beberapa janji dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mahathir Mohamad sebagai imbalan projek.-MYKMU.NET
-amin_yatim

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top