.... 'Buka tanah rancangan, UiTM untuk kaum India' | AAKJ



P Uthayakumar ditemuramah wartawan di Menara Ilham, hari ini. - Foto Luqman Hakim Zubir
KUALA LUMPUR: Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (HINDRAF 2.0) menuntut kerajaan Pakatan Harapan (PH) menyediakan tanah seperti rancangan FELDA kepada kaum India yang berpendapatan rendah bawah 75 peratus (B75).
Ketuanya, P Uthayakumar, berkata HINDRAF 2.0 turut menuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang diwujudkan khusus untuk Bumiputera dan Melayu dibuka kepada semua kaum, terutama untuk kaum India daripada golongan B75.
"Kita mahu 20,000 lot tanah seperti FELDA seluas dua hektar setiap lot yang ditanam sawit dan ternakan lembu liar, peluang skim pemilikan tanah dilengkapi rumah serta kemudahan asas.
"HINDRAF 2.0 juga menuntut kerajaan PH memberi hak milik 20,000 lot tanah seluas 0.8 hektar bagi tujuan ternakan lembu atau kambing berserta rumah dan kemudahan.
"Ia termasuk peluang 15 peratus untuk golongan B75 bagi tawaran kemasukan ke universiti awam, politeknik, UiTM dan Tadika Permata setiap tahun," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas menyerahkan memorandum mengandungi 25 tuntutan kepada kerajaan menerusi Majlis Penasihat Kerajaan di Menara Ilham, hari ini.
Memorandum itu diterima Sekretariat Majlis Penasihat Kerajaan, Zawiyah Mohd Yusof.
Tuntutan lain ialah 20,000 lesen dan permit kerja bagi projek kerajaan, lesen penjaja kecil dan taraf warganegara kepada warga India tidak memiliki dokumen diri.
Selain itu, HINDRAF 2.0 juga mahu kerajaan menangani isu kemiskinan golongan B75, pengangguran, jenayah, mengurangkan pengambilan pekerja warga asing, pemberian tanah seluas 0.8 hektar kepada kuil dan tanah seluas empat hektar bagi tanah perkuburan Hindu.
Uthayakumar berkata, kerajaan baharu pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad wajar menimbang dan mengambil kira tuntutan HINDRAF 2.0 selepas 80 peratus pengundi India menyokong PH pada pilihan raya umum (PRU) lalu.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top