.... BERSIH di UK | AAKJ



Tulisan asal oleh:
Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 8 Mei 2018
Foto Lim Sian See.
Bantahan di UK yang dianjurkan oleh BERSIH dengan kehadiran Clare Brown (yang bukan pun seorang rakyat Malaysia mahupun seorang pengundi di sini) di mana 30 orang yang dikatakan rakyat Malaysia menyertainya adalah salah satu sebab mengapa semua rakyat Malaysia mesti menolak Pakatan dan kumpulan mereka.

Pengkhianat kepada negara yang mahu mensabotaj Malaysia dan reputasi kita ini tidak peduli bahawa protes ini diadakan di luar pejabat Tourism Malaysia cawangan London - sebuah tempat yang sepatutnya menarik pelancong ke Malaysia dan meningkatkan ekonomi kita.

Melihat mereka ini bekerjasama dengan wanita Inggeris untuk mensabotaj negara kita membuat saya sangat marah.

Malah, mereka hanya mengadu bahawa kertas undi tiba terlambat - bukannya kertas undi itu tidak sampai langsung dan masih ada masa untuk membuat undi pos.

Mereka tidak menyedari bahawa di bawah Mahathir, mereka tidak langsung dapat membuat undi pos di luar negara yang mana hanya diperkenalkan di bawah pembaharuan Najib pada tahun 2013 yang membenarkan undi seperti itu bermula pada PRU13.

Ironi bahawa tanpa Najib, orang-orang ini tidak akan mempunyai peluang untuk memprotes bahawa kertas undi luar negara mereka lambat tiba - kerana kertas undi sedemikian tidak pun akan wujud.

Pemimpin-pemimpin Pakatan dan penyokong mereka tidak ada masalah dalam memburuk-burukkan dan mensabotaj negara kita di luar negara.


Link asal artikel:

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top