.... BERJUANGLAH WALAUPUN DENGAN LIMA PENGIKUT, PESAN NAJIB | AAKJ



“Berjuanglah walau hanya dengan lima orang pegikut,” demikian nasihat bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak kepada Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
Ketua Pergerakan Puteri UMNO terharu dengan suntikan semangat bekas Perdana Menteri itu meskipun beliau kini sedang berdepan ujian.
Mas Ermieyati berkata, kehadirannya ke kediaman bekas Perdana Menteri itu bagi memberi semangat dan sokongan moral berlangsung dengan sebaliknya apabila Najib pula yang bertindak menasihati serta memberi semangat kepada jentera UMNO lain.
“Kami memang datang untuk memberi sokongan dan semangat kepada beliau, tetapi Najib pula yang menasihati kami para penggerak dan penyokong UMNO di peringkat bawah.
“Najib turut menyentuh sejarah Islam di zaman Nabi Muhammad bahawa para Sahabat tetap berjuang walau hanya dengan lima orang pengikutnya,” katanya ketika ditemui selepas keluar dari kediaman Najib di Langgak Duta, Kuala Lumpur kira-kira jam 2.00 petang Sabtu.
Ditanya berkenaan kesihatan Datin Seri Paduka Rosmah Mansor, beliau memberitahu, Rosmah berada dalam keadaan sihat dan turut terlibat dalam perjumpaan mereka dalam kediamannya yang terletak di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur.
Yang turut keluar dari kediaman Najib, Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil, Tan Sri Mohd. Ali Rustam.


Wartawan Watan-Online


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top