.... APA MOTIF RAFIZI RAMLI CAKAP PADA MEDIA MENGENAI PERLANTIKAN 3 MENTERI KABINET BARU?! | AAKJ



Rafizi ramli adalah naib presiden parti PKR!! Apa saja yang beliau tidak puashati; tolong bercakap melalui saluran parti atau Pakatan Harapan secara professional!!

Mengapa rafizi ramli harus meluahkan perasaan tidak puashatinya melalui media?! Apa motif sebenar rafizi ramli?!

Nak kata tak cerdik; dia naib presiden parti PKR!! Nak kata dia tak bijak; beliau banyak mendedahkan isu-isu negara secara berkesan?!

Tetapi dalam isu menzahirkan perasaan tidak puas hatinya mengenai perlantikan tiga jawatan kabinet; beliau pilih untuk bercakap pada media!!

Apakah rafizi ramli sengaja nak jahanamkan struktur perpaduan Pakatan Harapan?! Adakah rafizi ramli hendak bagi rakyat hilang keyakinan pada Pakatan Harapan?!

Sesungguhnya, rafizi ramli ini budak pandai tetapi kurang bijaksana!! Tindakan rafizi ramli amat merugikan Pakatan Harapan kerana ini satu contoh teladan yang tidak baik kepada masyarakat umum!!

Kita ada platform dan saluran dalaman parti yang beliau boleh luahkan apa saja pandangannya secara tertutup!!

Jangan suka buka pekung di dada!!

Saya hendak tanya rafizi ramli apa untungnya beliau suka bercakap mengenai dasar, keputusan serta pendirian Pakatan Harapan melalui saluran media?!

Bagi saya rafizi ramli kena berhenti bersikap buruk seperti ini!! Beliau berhak bercakap mengenai apa saja tetapi jangan sampai boleh membinasakan keyakinan rakyat pada Pakatan Harapan itu sendiri!!

Pakatan Harapan baru menang pru14 dan tolonglah jangan lakukan sesuatu tindakan yang boleh merugikan kita semua!!

Sepatutnya kita kena bijak bersuara melalui saluran yang betul demi menjaga imej perpaduan Pakatan Harapan!!

Jangan hendak ikut selera sendiri yang boleh merugikan Pakatan Harapan!!

Kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan harus ambil tindakan disiplin keatas sesiapa saja yang suka menegur tanpa guna saluran dalaman yang betul tetapi lebih gemar menggunakan platform media!!

Seikhlasnya, saya amat mencurigai serta kecewa dengan tindakan kurang bijaksana rafizi ramli ini kerana ianya boleh mengundang padah pada Pakatan Harapan secara menyeluruh!!

Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
13 mei 2018


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top