.... Alumni UiTM bantah tuntutan Hindraf | AAKJ



PAUiTM

KUALA LUMPUR 28 Mei - Persatuan Alumni Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) membantah tuntutan Hindraf supaya kemasukan ke pusat pengajian tempatan itu dibuka kepada semua kaum.


Persatuan tersebut berkata, kedudukan UiTM sebagai persada pendidikan peringkat tinggi untuk anak Melayu dan Bumiputera adalah sebahagian daripada komponen hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan, dan berdasarkan hakikat ini, sebarang langkah untuk mencabar keistimewaan itu dilihat sebagai melanggar Perlembagaan Persekutuan.

"PAUiTM bimbang kenyataan Hindraf seperti ‘menuang minyak ke api’ itu akan mencetuskan kemarahan umat Melayu Bumiputera di negara ini.


"Sehubungan itu kami mahu kenyataan berbau hasutan seperti itu dihentikan sama sekali oleh mana-mana pihak sekali pun," kata persatuan tersebut dalam satu kenyataan di laman sesawangnya, hari ini.
Persatuan tersebut turut mencadangkan supaya institusi seperti UiTM ini diletakkan di bawah satu inisiatif perlindungan Majlis Raja-Raja Melayu bagi mengelakkan ia tidak terus diganggu-gugat oleh mana-mana pihak. - UTUSAN ONLINE



© Utusan Melayu (M) Bhd 



Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top