.... Wan Azizah tinggalkan majlis ketika Azmin berucap | AAKJ



Wan Azizah tinggalkan majlis ketika Azmin berucap
BUKIT MERTAJAM - Tindakan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail secara tiba-tiba meninggalkan majlis pelancaran pusat operasi PKR Seberang Jaya di sini petang tadi menimbulkan tanda tanya.
Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang hadir sejak awal majlis itu diadakan pada jam 2.20 petang dilihat bangun ketika pengacara menjemput Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberikan ucapan pada majlis berkenaan.
Beliau kemudian meluru ke arah kenderaannya sebelum disusuli Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman.
Kumpulan wartawan yang menyedari situasi itu segara mendapatkan Wan Azizah bagi mendapatkan komen pemimpin utama PKR itu.
Ketika ditanya, Wan Azizah berkata, beliau terpaksa pulang ke Kuala Lumpur kerana mempunyai urusan parti dan perlu menandatangan watikah calon.
“Saya nak balik nak sign watikah kerana semua calon yang akan bertanding di bawah saya punya tandatangan,” katanya.
Sebelum ini, beberapa portal berita melaporkan Presiden PKR itu menolak lapan nama yang dimajukan Azmin sebagai calon di Selangor.
Keadaan itu dikatakan punca menyebabkan hubungan kedua-dua pemimpin itu tegang.
Difahamkan, antara nama calon yang digugurkan ialah Naib Presiden PKR, Tian Chua selain pegawai Azmin sendiri, Hilman Idham.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top