.... Persamaan antara projek KLIA dan ECRL | AAKJ




Imej yang berkaitan
Walaupun ada kebimbangan yang sah sama ada Malaysia mampu membiayai projek ECRL bernilai RM55 bilion dan pinjaman mudah dari China untuk membiayai pembinaannya, adalah penting untuk menggunakan sejarah sebagai panduan.

Projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang menggantikan lapangan terbang sedia ada yang masih boleh digunakan kemudiannya bermula pada tahun 1993 dengan kos RM10 bilion. Kos projek ini adalah 5.8% daripada jumlah saiz ekonomi (KDNK) negara kita sebanyak RM172 bilion.

Sebagai perbandingan, ECRL, yang akan menghubungkan negeri-negeri pantai timur ke Kuala Lumpur dan Klang untuk kali pertamanya yang bernilai RM55 bilion adalah jauh lebih rendah pada 4.2% daripada KDNK semasa kita sebanyak RM1.3 trilion - yang bermaksud ECRL sebenarnya adalah projek yang lebih berpatutan untuk Malaysia sekarang berbanding KLIA pada masa itu.

KLIA juga dibiayai sebahagian besarnya dengan pinjaman mudah dari Jepun melalui program Overseas Development Assistance (ODA), yang membiayai 75% daripada kos pembinaan terminal utama, ‘contact pier’ dan perkhidmatan perunding (penyeliaan pembinaan dan reka bentuk) dengan syarat pinjaman yang mirip dengan pinjaman mudah China yang akan membiayai 85% daripada ECRL.

Hasil daripada pinjaman ini, kontraktor Jepun termasuk Marubeni Corporation memainkan peranan utama dalam pembinaan bersama-sama dengan kontraktor Australia dan British.

Sama seperti projek ECRL di mana sekurang-kurangnya 30% daripada kerja-kerja sivil dikhaskan untuk kontraktor tempatan, projek KLIA juga subkontrak beberapa kerja kepada syarikat tempatan.

Reka bentuk KLIA juga diberikan kepada syarikat Jepun dengan ketua arkiteknya adalah arkitek Jepun bernama Kisho Kurokawa.

Pada masa itu, projek KLIA telah dikritik hebat oleh DAP yang mengatakan ia terlalu mahal dan tidak diperlukan kerana lapangan terbang Subang sudah sedia ada dengan Lim Kit Siang memanggil KLIA sebagai gajah putih dan satu kegagalan dalam parlimen. https://limkitsiang.com/archive/2000/oct00/lks0544.htm

Seperti banyak tuduhan DAP pada masa lalu termasuk pengambilalihan BII Bank di Indonesia oleh Maybank, sejarah akan memberitahu anda sekarang bahawa Kit Siang telah terbukti salah dan KLIA akhirnya menjadi satu kejayaan walaupun tahun-tahun awal yang perlahan.

Yang menghairankan, terdapat banyak persamaan antara projek KLIA dan ECRL.

Tetapi satu perkara yang begitu ketara adalah bahawa tidak seperti pinjaman mudah China untuk ECRL yang dilindungi daripada risiko FOREX, pinjaman Kerajaan Jepun untuk KLIA sepenuhnya didenominasikan dalam Yen Jepun. Yen itu kemudian naik lebih daripada dua kali ganda berbanding Ringgit kita dalam beberapa tahun seterusnya selepas pinjaman itu disalurkan- bermakna jumlah hutang kita juga meningkat dengan ketara.

Oleh kerana pinjaman ini dan banyak lagi pinjaman Jepun yang meningkat disebabkan oleh kenaikan nilai Yen, maka pada masa itu Mahathir berjanji tidak akan lagi mengambil pinjaman dari Jepun kerana beliau berkata bahawa Jepun enggan memberi sebarang diskaun.

Bagaimanapun, hanya 4 tahun kemudian pada tahun 1998, Mahathir yang terdesak membuat pusingan U pada kata-katanya dan memohon untuk meminjam AS$2 bilion dari Jepun untuk membantu menyelamatkan ekonomi Malaysia yang berada dalam krisis ketika itu.

--




Link asal artikel:

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top