.... TPM lancar Jentera Pilihan Raya BN Hulu Terengganu esok | AAKJ



Lebih 30,000 rakyat Terengganu akan menyambut kehadiran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sempena pelancaran Jentera Pilihanraya Barisan Nasional Parlimen Hulu Terengganu yang akan diadakan di Dataran Majlis Daerah Hulu Terengganu jam 3 petang esok.
Program yang akan dihadiri Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman merangkap Pengerusi Barisan Nasional Terengganu dan seluruh kepimpinan BN negeri.
Dalam majlis yang sama turut dilancarkan Manifesto BN Terengganu untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang akan menumpukan pelbagai aspek dengan meletakkan keutamaan rakyat sebagai fokus utama.
Ahmad Razif yang ditemui dalam Majlis Anugerah Pingat Emas Yayasan Terengganu Kali ke-39 hari ini memberitahu BN Terengganu kini sudah bersiap sedia menghadapi PRU14 dan senarai lengkap calon BN Terengganu bakal diputuskan oleh Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat. – sumber Terengganu.news

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top