.... Tok Mun kecewa tak dapat bertanding PRU-14 | AAKJ



MAIMUN Yusof atau lebih dikenali Tok Mun kecewa tidak dapat bertanding tahun ni disebabkan masalah kewangan. - Foto Mohd Syafiq Ridzuan Ambak
KUALA TERENGGANU: Bahang pilihanraya membakar semangatnya untuk berjuang demi bangsa dan agama, namun semangat patriotik yang mengalir dalam tubuh ahli politik tertua di Malaysia, Tok Mun, 99, terpaksa dikendurkan berikutan kegagalannya untuk bertanding pada pilihan raya kali ini.
Mengaku kecewa apabila tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU-14) pada 9 Mei ini kerana masalah kewangan, Tok Mun atau Maimun Yusof, nekad untuk bertanding pada pilihan raya akan datang.
"Memang Tok kecewa sebab tak buleh (dapat) bertanding tahun ni sebab takdok pitih (tak ade duit), tapi sekarang Tok dah mula kumpul (duit) untuk persediaan pilihan raya akan datang. Itu pun kalau diizinkan Tuhan dan kesihatan Tok baik.
"Pilihan raya ini adalah peluang terbaik untuk bertanding memandangkan keadaan Tok yang sudah mencecah 100 tahun. Kalau tidak hari ini (hari penamaan calon) pasti ia menjadi satu lagi hari bersejarah buat Tok, tapi nak buat macam mana, tak ada rezeki.
-Oleh Zaid Salim

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top