.... Timbalan Presiden MCA ditentang Pengerusi DAP Johor | AAKJ



Dr Wee Ka Siong
BATU PAHAT 28 April - Kerusi Parlimen Ayer Hitam serta dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Yong Peng dan Semarang bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihanraya Parlimen (SPR) Parlimen Ayer Hitam, Mohd. Hafiz Aliman membuat pengumuman tersebut di hadapan ribuan penyokong parti yang hadir.

Beliau berkata, penyandang kerusi Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong daripada Barisan Nasional (BN) bertanding bagi mempertahankan kerusi itu disaingi calon Pas, Mardi Marwan dan calon gabungan pembangkang PKR, Liew Chin Tong yang juga Pengerusi DAP negeri.
Katanya, bagi DUN Yong Peng, tiga calon yang akan bertanding bagi kawasan itu ialah Ling Tian Soon daripada BN, Chew Peck Choo (gabungan pembangkang PKR) dan Muhammad Abdullah (Pas).
“Calon yang akan bertanding di DUN Semarang ialah Datuk Samsolbari Jamali (BN), Zais Mohd. Akil (gabungan pembangkang PKR) dan Mohd. Bakri Samian (Pas).
“Setelah semakan dilakukan, tiada calon yang ditolak kertas penamaannya,” katanya di pusat penamaan calon di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Seth, Yong Peng, dekat sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/politik/timbalan-presiden-mca-ditentang-pengerusi-dap-johor-1.660198#ixzz5DwUJCzIp
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top