Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, kemenangan calon-calon MIC itu iaitu Datuk Jaspal Singh (DUN Bukit Selambau) dan M. Thuraisingam (DUN Lunas) akan membolehkan mereka dilantik sebagai barisan Exco seterusnya memantapkan barisan pentadbiran kerajaan negeri.
"Dulu masyarakat India tiada wakil dalam kerajaan negeri kerana calon MIC kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan perkara ini merugikan kaum India.
"PRU-14 kali ini masyarakat India perlu menyokong calon MIC agar mereka menang dan boleh menjadi wakil kepada kaum India di dalam kerajaan negeri," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan Menteri Besar bersama masyarakat India di Alor Semadom, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE