“Saya akan membuat pengumuman calon BN Sarawak pada pukul 9 pagi esok,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini sebentar tadi.
Kelmarin, Setiausaha Agong BN, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor memaklumkan, senarai calon BN bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan diumumkan seawal semalam hingga esok oleh Pengerusi BN negeri masing-masing.
Sementara itu, mengulas mengenai keputusan pemecatan lima Ahli Majlis Tertinggi (MT) Parti Rakyat Sarawak (PRS) termasuk Timbalan Presidennya yang juga penyandang kerusi Parlimen Selangau, Datuk Joseph Entulu Belaun dan penyandang kerusi Parlimen Lubok Antu, Datuk William Nyallau Badak, Abang Johari meminta semua pihak agar menghormati keputusan dibuat oleh Presiden parti itu, Tan Sri Dr. James Jemut Masing. - UTUSAN ONLINE