Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang memaklumkan perkara itu berkata,
ini menyebabkan Ibrahim tidak hadir semasa proses penamaan calon di Dewan Gemilang, Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk di sini hari ini.
“Saya dimaklumkan bahawa Ibrahim tidak dapat bertanding sebab mengalami bankrap.
“Saya alu-alukan kedatangannya ke sini tapi dia ada masalah dan itu bukan tanggungjawab kita,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas proses penamaan calon di Dewan Gemilang, Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE