Majlis tersebut diketuai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom merangkap Ketua Biro Agama UMNO.
Menurut Jamil Khir, majlis itu diadakan bertujuan memohon kelancaran sepanjang tempoh PRU-14.
"Kita pohon moga BN diberi kemenangan dan kembali memerintah pada PRU-14 kali ini," katanya dalam satu ucapan ringkas sebelum majlis tersebut dimulakan.
Yang turut hadir ialah Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha. - UTUSAN ONLINE.