Daripada pengumuman gabungan pembangkang PKR itu di sini malam tadi memperlihatkan dua bekas Ahli Parlimennya iaitu, penyandang Parlimen Alor Setar, Gooi Hsiao Leung dan penyandang Parlimen Padang Serai, N. Surendran digugurkan daripada senarai calon.
Penyandang DUN Indera Kayangan, Chan Ming Kai dipilih menjadi calon Parlimen Alor Setar manakala Ketua Cabang PKR Padang Serai, M. Karupaiyyah di kerusi Parlimen Padang Serai.
Sementara bagi kerusi DUN pula, penyandang kerusi Bukit Selambau, Dr. R. Krishnamoorthy turut digugurkan dan digantikan dengan Dr. R. Summugam.
Pengumuman senarai calon itu dibuat Ketua Sekretariat Pakatan Harapan, Kedah Dr. Abd Rahman Ahmad pada majlis memperkenalkan semua calon pakatan itu di sini, malam tadi.
Turut hadir Pengerusinya yang juga bekas Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.
Selain Mukhriz dan Datuk Amiruddin Hamzah, Penasihat Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Kedah, Datuk Johari Abdul juga diumum bertanding di dua kerusi iaitu Parlimen (Sungai Petani) dan DUN (Gurun).
Selain PKR yang diperuntukkan sebanyak 10 kerusi DUN dan enam Parlimen, parti sekutu mereka, PAN turut bertanding di 10 kerusi DUN dan tiga Parlimen.
DAP bertanding di dua kerusi DUN manakala ahli bongsu gabungan pakatan pembangkang PKR itu, PPBM pula mendominasi paling banyak kerusi DUN iaitu sebanyak 14 dan enam Parlimen.
PKR menjadi parti terakhir gabungan diketuai DAP itu di Kedah yang mengumumkan senarai calon mereka yang dimuktamadkan petang semalam. - UTUSAN ONLINE