Beliau tiba kira-kira pukul 1.15 petang selepas sahaja membuat pengumuman pembubaran Parlimen yang berkuatkuasa esok bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dapat dilaksanakan.
Turut kelihatan ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.
Dalam pada itu, khutbah solat Jumaat tersebut yang bertajuk Adab Berkempen Pilihan Raya Menurut Al-Hujurat disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.
Sementara itu, selepas sahaja menunaikan solat Jumaat, Perdana Menteri dan timbalannya bersalaman dengan para jemaah. - UTUSAN ONLINE