.... PENEMUAN WANG TUNAI DI LOKASI KEMALANGAN MEMBABITKAN PEMIMPIN BN SABAH ? | AAKJ



Tular di dalam aplikasi sembang Whatsapp dan facebook kononnya seorang ahli politik Barisan Nasional Sabah meninggal akibat kemalangan dan ditemui bersamanya ketika kemalangan itu kotak yang penuh dengan duit Malaysia
SEBENARNYA
Mesej berkenaan merupakan mesej palsu dan wang di dalam kotak yang dikepilkan bersama mesej berkenaan yang kononnya ditemui bersama mangsa itu pernah ditularkan sebelum ini dengan tajuk pengedaran wang palsu dan pada feb 2018 lalu, pihak PDRM telah menafikan kesahihan mesej bergambar berkenaan.
memetik laporan dari portal China Press, kemalangan terbabit bukan membabitkan Datuk Ajan, pemimpin UMNO semporna, tetapi melibatkan pemandunya sahaja dan tidak ditemui kotak yang berisi wang seperti yang ditularkan di laman-laman media sosial.

Mesej tular wang RM100 palsu tidak sah
KUALA LUMPUR 22 Feb. – Polis menafikan kesahihan mesej bergambar yang tular dalam aplikasi WhatsApp, Telegram dan Facebook mengenai dakwaan wujudnya pengedaran wang kertas palsu RM100 secara meluas di sekitar ibu kota dekat sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Luthfi Ismail Abdullah berkata, pihak polis akan meneliti mesej tersebut, namun tidak menolak kemungkinan mesej tersebut palsu dan tidak benar sama sekali.
“Mesej berserta gambar wang RM100 yang diikat dan disusun di dalam kotak itu di percayai imej lama yang sebelum ini telah tular dan disebarkan semula pihak yang tidak bertanggungjawab untuk tujuan yang tidak pasti.
“Jika pihak yang menyebarkan mesej itu mengetahui sesuatu mengenai wang palsu berkenaan mereka diminta tampil memberi maklumat dan membantu pihak polis menangani masalah ini segera,” katanya ketika di hubungi di sini hari ini.
Menurut Luthfi Ismail, bagaimanapun pihaknya bersama Bank Negara akan sentiasa melakukan pemantauan dan meminta orang ramai memberi kerjasama memaklumkan aktiviti tersebut jika ada serta melaporkannya di balai polis berdekatan.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top