Menu

IKLAN

Jelajah Perdana Presiden Pas
ABDUL HADI AWANG (tengah) dan Mustaffa Daharun bersalaman dengan orang ramai semasa Jelajah Perdana Presiden Pas di Kompleks Latihan Islam, Ampangan, Seremban, malam ini. - UTUSAN ONLINE/IZZUL AHMAD
SEREMBAN 26 April - Pas Negeri Sembilan mengumumkan pertambahan satu lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan menjadikan jumlah keseluruhannya 27 DUN yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) 9 Mei ini.
Pesuruhjaya Pas negeri, Mustaffa Daharun mengumumkan perkara tersebut pada ceramah perdana di sini malam ini yang turut dihadiri Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Pas mencalonkan Mej (B) Abdul Halim Abu Bakar yang sebelum ini dicalonkan untuk kerusi Parlimen Tampin, bertanding di DUN Gemas.
Pas sebelum ini mengumumkan bertanding di kesemua lapan Parlimen dan 26 DUN pada PRU-14 di Negeri Sembilan. - UTUSAN ONLINE

© Utusan Melayu (M) Bhd 


 
Top