Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd. Hashim Abdullah berkata, hasil semakan pihaknya menunjukkan nama tersebut tidak pernah dipotong dalam senarai daftar pemilih sejak tahun 1994.

“SPR akan mengambil tindakan segera untuk memotong nama pemilih berkenaan dalam Daftar Pemilih PRU-14. 

“SPR juga ingin menegaskan bahawa kami tidak boleh sewenang-wenangnya memotong nama seseorang pemilih tanpa pengesahan kematian oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE