.... Najib Jumpa Penyandang MP BN | AAKJ



Hasil carian imej untuk najib razak
PUTRAJAYA - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan perjumpaan secara tertutup dengan semua bekas penyandang kerusi Parlimen parti itu.
Perjumpaan tersebut diadakan di Kediaman beliau di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya bermula sejak 9 pagi tadi.
Turut kelihatan memasuki kompleks tersebut ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Presiden MIC, Datuk Seri S. Subramaniam dan Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad.
Difahamkan perjumpaan ini adalah sebagai menyampaikan amanat beliau kepada semua bekas MP untuk menerima apa jua keputusan sama ada digugurkan atau dikekalkan apabila senarai calon diumumkan dalam masa terdekat.
Ia juga sebagai peringatan kepada semua bekas MP untuk tidak sabotaj parti jika nama mereka tidak dicalonkan dan terus setia kepada parti.
-AIDIL SYUKRI

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top