Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat itu sebelum ini dikatakan bakal bertanding sebagai calon Bebas ekoran tidak berpuas hati selepas namanya digugurkan.
Namun hingga waktu penamaan calon ditutup pukul 10 pagi, Mohd. Puad tidak muncul di pusat penamaan calon di Pejabat Daerah Batu Pahat, di sini.
Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen itu ialah Ketua Wanita UMNO Bahagian Batu Pahat, Haliza Abdullah.
Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya P150 Batu Pahat, Mohd. Haffiz Ahmad membuat pengumuman tempoh penamaan tamat tepat pukul 10 pagi tadi. - UTUSAN ONLINE



© Utusan Melayu (M) Bhd