Menurut Subramaniam, antara kerusi lain yang bakal diletakkan calon ialah Sungai Siput dan Tapah di Perak, Segamat, Johor serta Kapar dan Kota Raja di Selangor.
“Kita telah memuktamadkan senarai calon parti yang akan mewakili Barisan Nasional (BN), namun semuanya terserah kepada Pengerusi, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Adalah normal apabila calon yang kita ingin letakkan di sesebuah kawasan diberikan kepada orang lain. Namun, setiap parti kena bertolak ansur dan mencari jalan terbaik untuk kesuruhan parti,” katanya dalam majlis Penyerahan Rasmi Bangunan Baru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil(SJKT) Taman Sentosa di sini hari ini.
Yang turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan dan Ketua MIC Kota Raja, Datuk R.S. Maniam.
Mengulas lanjut mengenai dakwaan parti MyPPP akan keluar daripada BN, Subramaniam menegaskan, pihaknya tidak akan mencampuri urusan parti tersebut dan terpulang sepenuhnya kepada parti itu untuk membuat sebarang keputusan.- UTUSAN ONLINE