.... DUN Perak bubar esok | AAKJ




MENTERI Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bersama EXCO negeri Perak menonton Pengumuman Khas Oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pejabat Menteri Besar Perak, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. - Foto Abdullah Yusof

IPOH: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, dijangka mengadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, pagi esok untuk mendapat perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).
Zambry berkata, Pejabat Sultan Perak sudah dimaklumkan untuk beliau mengadap baginda pada jam 11 pagi esok.
"Saya dan anggota EXCO mengikuti secara langsung pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengenai pembubaran Parlimen esok di televisyen.
"Kita akan ikut membubarkan DUN sebagaimana diumumkan Perdana Menteri," katanya ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO kerajaan negeri yang terakhir di pejabatnya di sini, hari ini.
Zambry yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk penjawat awam, rakyat dan media yang menyokong usaha kerajaan negeri dalam membangunkan Perak sehingga dikenali di peringkat antarabangsa.
Beliau berharap rakyat memberi kewajaran terhadap usaha itu dengan meneruskan kesinambungan pemerintahan menerusi sokongan dan dokongan terhadap BN.
Beliau berkata, BN Perak akan melancarkan manifesto selepas pelancaran manifesto BN peringkat pusat.
"Kita sudah buat beberapa siri perbincangan dan memperhalusi beberapa perkara agar ia selari dengan manifesto di peringkat kebangsaan," katanya.
#kw zambry, mengadap, dun




Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top