.... MEMALSUKAN MINIT KABINET, RAFIDAH PATUT DIDAKWA DIBAWAH AKTA BERITA PALSU | AAKJ




Image result for Tan Sri Rafidah Aziz
Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (dan AP), Tan Sri Rafidah Aziz, menggunakan akaun Facebook “Rafidah Aziz Malaysian Citizen” untuk membuat beberapa dakwaan mengenai perbincangan kabinet pada penghujung 2008.
Menurut akaun tersebut, Rafidah mendakwa pada penghujung 2008, Perdana Menteri Najib Razak, ketika itu Menteri Pertahanan, telah membawa cadangan pembangunan tanah Angkatan Tentera Malaysia di seluruh negara dalam keadaan yang meragukan.
Menurut beliau lagi, kabinet meluluskan cadangan tersebut walaupun beliau membantah.
"SURAT TERBUKA KAPADA PM Bismillahirrahmanirrahim
  
 DATO’ SRI PM,

Perkara : PENGSWASTAAN SEMUA TANAH MINDEF / MILITARI DI SELURUH MALAYSIA

Saya ingin merujuk kapada satu Mesyuarat Kabinet pada penghujung 2008, semasa Dato’ Sri Menteri Pertahanan, dan juga TPM ,kapada PM Abdullah Badawi. Dato Sri tentu ingat membentangkan satu KERTAS KABINET, untuk mendapat Persetujuan Kabinet tentang CADANGAN2 DATO ‘ SRI , atas PERKARA2 BERIKUT ."


Masalah kepada kenyataan Rafidah Aziz ialah beliau digugurkan dari kabinet pada Mac 2008. Bagaimana beliau boleh mendakwa membantah satu cadangan kertas kabinet pada penghujung 2008?
Tindakan undang-undang wajar diambil ke atas Rafidah Aziz kerana menerbitkan berita palsu yang boleh menjejaskan kestabilan negara kerana ini membabitkan tuduhan ke atas Perdana Menteri dan juga Angkatan Tentera Malaysia.

Rafidah mungkin akan menafikan akaun tersebut miliknya. Hakikatnya sebelum ini beliau tidak pernah menafikan bahawa akaun facebook tersebut telah memalsukan identitinya.-MYKMU.NET

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top