.... MB NS menghadap Tuanku Muhriz petang ini | AAKJ



MENTERI Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan. - Foto Hazreen Mohamad

SEREMBAN: Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, akan mengadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, di Istana Hinggap di sini, untuk memohon perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.
Mohamad dalam satu kenyataan, menjelaskan akan menghadap baginda jam 4.30 petang ini, sebelum mengadakan sidang media khas di Wisma Negeri.
Mohamad pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO di Wisma Negeri di Seremban, kelmarin, dilaporkan berkata akan segera menghadap Tuanku Muhriz selepas Parlimen dibubarkan.
Menteri Besar berkata, urusan pentadbiran Negeri Sembilan berjalan seperti biasa menerusi kerajaan sementara selepas DUN dibubarkan.
Oleh Ifwan Tun Tuah

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top