.... Manisfesto BN Jadikan Malaysia Negara Yang Lebih Hebat | AAKJ





Barisan Nasional (BN) akan melancarkan manifesto untuk PRU14 esok dan ia dirancang untuk menjadikan Malaysia negara yang lebih hebat dengan langkah yang lebih komprehensif dan inklusif untuk kepentingan seluruh rakyat Malaysia.

Tepat jam 8 malam esok, di Axiata Arena Bukit Jalil, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional akan melancarkan Manifesto Barisan Nasional.

Manifesto Barisan Nasional pada PRU13 dilancarkan oleh Datuk Seri Najib pada 6 April 2013. Kini selepas hampir 5 tahun, hampir 97% janji dalam manifesto Barisan Nasional sudah disempurnakan kepada rakyat.

Sejumlah 4,844 atau 83% projek bernilai RM73.49 billion sudah yang dijanji dalam manifesto BN sudah dilaksanakan. Baki 3% lagi merangkumi 167 projek bernilai RM60.43 billion adalah dalam proses pra perlaksanaan.

Seluruh rakyat dapat manfaat dalam manifesto Barisan Nasional yang lepas. Sejumlah RM19.33 billion pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) telah diberikan sejak 2012. Sejumlah 7.28 juta isi rumah mendapat mendapat BR1M.

Dulu pembangkang kata BR1M ini dedak, kini BR1M ini mahu ditiru oleh pembangkang. Bermaksud apa yang kerajaan Barisan Nasional buat dan lakukan kepada rakyat adalah betul dan berkesan.

Manifesto bukanlah satu perkara yang boleh dilancarkan dan kemudian diubah sesuka hati selepas beberapa hari. Manifesto pembangkang hanya bertahan 17 hari sahaja, kemudian segalanya galanya bertukar jadi benda lain.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 4 April lepas menegaskan mesej utama manifesto BN yang akan dilancarkan esok ialah untuk mengajak rakyat #BersamaBN dalam agenda “Menghebatkan Malaysia (#HebatkanNegaraku).

"Kami telah melaksanakannya dan kami mempunyai rekod kejayaan sejak lima tahun yang lepas. Malah, sebelum itu kami telah melaksanakannya. Jika anda lihat fakta-fakta yang nyata, kami telah melaksanakannya. Fakta itu tidak dapat dinafikan," tegas beliau.

Mandat kukuh yang akan diperolehi selepas PRU14 dalam pilihan raya umum kali ini akan menjadi kunci bagi melaksanakan lebih banyak lagi perkara yang baik untuk rakyat Malaysia dan membawa negara ke tahap yang lebih tinggi dan hebat lagi.

Najib selaku Pengerusi BN menyatakan azamnya untuk menjadikan Malaysia antara negara yang terkemuka di dunia dengan pertumbuhan ekonomi yang kukuh yang akan memberikan manfaat kepada lebih 31 juta penduduk Malaysia. BN utamakan aspirasi golongan muda dan akan menampilkan manifesto mesra orang muda untuk PRU14 nanti.

Beliau berkata BN bukan sahaja mementingkan kemajuan dan perancangan generasi masa masa kini tetapi juga mementingkan kelangsungan generasi  masa depan bagi menjamin masa depan yang lebih baik.

PH tidak menganggap manifesto satu perkara mustahak malahan mereka pernah kata manifesto itu bukan satu janji. Oleh sebab itu, mereka tukar manifesto tiga hari lepas dengan begitu tergesa-gesa. Dalam manifesto kata hendak hapuskan tol, dalam sidang media oleh Pengerusi PH, Mahathir Mohamad, kata tol di dalam bandar akan dikekalkan hingga kontrak tamat.

Dalam manifesto dulu kata mahu hapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dalam masa 100 hari jika boleh bentuk kerajaan selepas PRU14. Dalam sidang media sama, Mahathir kata GST akan dihapuskan secara berperingkat pula. Bagaimana PH hendak melaksanakannya?

Ketika sidang media itu, Mahathir kelihatan seperti terpaksa mengikut arahan pihak tertentu kerana tergagap-gagap dan ikut apa yang dicakapkan oleh orang tertentu di hadapannya.

"Sepanjang melakukan tinjauan mesra, sebanyak RM4.3 bilion telah diperuntukkan untuk pelbagai projek di Sarawak," kata Najib. Rakyat Sabah dan Sarawak tidak diketepikan oleh BN, tidak seperti calon Perdana Menteri pembangkang yang menghina orang Sabah dan Sarawak sebagai pemalas.

Mahathir turut dakwa orang Sabah dan Sarawak punyai mentaliti yang rendah. Sepanjang 22 tahun jadi PM, boleh dibilang berapa kali Mahathir cakna orang Sabah, Sarawak dan orang Pantai Timur. Dalam pilihanraya lepas, Rafizi janji hendak mansuh MRT kalau menang. Kali ini Mahathir pula hendak batalkan projek ECRL kalau menang.

Janji yang akan menjadikan Malaysia jauh terkebelakang. Memang pembangkang benda benda yang melibatkan belakang ini. Jangan percayalah dengan orang yang suka benda belakang macam ini.

Bagi BN, manifesto ialah satu manifestasi janji yang nyata serta memerlukan tanggungjawab yang besar untuk dilaksanakan. Bagi PH pula, manifesto ialah sekadar satu cetakan perancangan yang dibuat untuk memberikan harapan kepada rakyat hanya untuk menang pilihan raya semata mata.

Jika mereka rasa ada bahagian yang tidak sesuai dan tidak disukai oleh proksi mereka, mereka tukar sesuka hati. Rakyat Malaysia perlu masuk dalam barisan, bersama sama sokong Manifesto BN demi Malaysia yang lebih hebat pada masa hadapan. Bukan bersama sama pembangkang membawa Malaysia ke zaman belakang bersama pemimpin yang lampau.

#HebatkanNegaraku
#BersamaBN
#DahulukanRakyat

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top