Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, manifesto itu selaras dengan ‘blue print’ atau pelan induk parti itu yang telah diumumkan sejak tahun lepas.
“Kita sasarkan dapat mencapai semua yang terkandung dalam manifesto ini untuk tempoh lima tahun,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Makan Malam sempena Tahun Baharu Tamil di sini malam ini.

Dalam pada itu, beliau yakin MIC berpeluang merampas semula kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Dalam yang pernah dimenangi mereka pada Pilihan Raya Umum ke-11 (PRU-11).
“Seandainya semua parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) bekerjasama dengan baik, saya percaya kemenangan itu boleh dicapai,” katanya.
Difahamkan, MIC negeri ini diperuntukkan dua kerusi DUN pada PRU-14 iaitu Bagan Dalam dan Perai. - UTUSAN ONLINE