![]() |
BARISAN calon gabungan pembangkang PKR bergambar bersama selepas pengumuman calon bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di Kangar, Perlis, malam tadi. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
KANGAR 27 April - Pelancaran manifesto gabungan pembangkang PKR Perlis sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dalam satu majlis di sini malam tadi, bukan sahaja seperti tiada hala tuju jelas untuk pembangunan negeri namun ia juga seolah-olah tidak diberi perhatian oleh pemimpin mereka.
Pengerusinya, Amier Hassan yang diberi tanggungjawab untuk melancarkannya pula langsung tidak membaca isi kandungannya sedangkan manifesto adalah sesuatu perkara yang penting berupa akujanji kepada rakyat jika memerintah.
Ketika ditanya tentang isi kandungan manifesto berkenaan semasa sidang akhbar selepas itu, Amier memberitahu, beliau tidak dapat membacanya kerana tidak membawa cermin mata.
Sebaliknya Pengerusi PAN, Wan Kharizal Wan Khazim yang mengambil alih tugas itu pula memberitahu, gabungan pembangkang PKR itu kononnya akan memperbetulkan dan meningkatkan pengurusan yang lebih baik berbanding kerajaan negeri diketuai Barisan Nasional (BN).
"Kita akan memperbaiki kelemahan pentadbiran kerajaan negeri," katanya.
Pada majlis tersebut turut diadakan sesi pengenalan calon-calon gabungan pembangkang PKR yang akan bertanding semasa PRU-14. - UTUSAN ONLINE
Calon gabungan pembangkang PKR
CALON PPBM
PARLIMEN
PADANG BESAR - Izizam Ibrahim ARAU - Prof. Madya Datuk Dr. Abd. Rahman Daud
DUN
Mata Ayer - Left. Kol. Azhar Omar Pauh - Amier Hassan Tambun Tulang - Maton Din Guar Sanji - Baridah Che Nayan Kayang - Abdul Hannan Khairy
---------------------------------------------
CALON PAN
PARLIMEN
TIADA
DUN
Santan - Che Mazlina Che Yob Beseri - Wan Kharizal Wan Khazim Bintong - Mokhtar Che Kassim Sanglang - Zolkharnain Abidin
--------------------------------------------
CALON DAP Parlimen Tiada
DUN
Titi Tinggi - Teh Seng Chuan --------------------------------------------- CALON PKR
PARLIMEN
KANGAR - Noor Amin Ahmad
ADUN
Chuping - Poziah Ahmad Sena - Asrol Nizam Abd. Jalil Indera Kayangan - Gan Ay Ling Kuala Perlis - Noor Azam Karap Simpang Empat - Dr. Wan Noralhakim Shaghir Saad Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/politik/manifesto-gabungan-pembangkang-pkr-perlis-tiada-hala-tuju-jelas-1.659236#ixzz5DsXgnyjb © Utusan Melayu (M) Bhd |