Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang untuk memulangkan hak-hak itu sebenarnya bermaksud membetulkan segala kesilapan Dr. Mahathir sebelum ini.
“MA63 ini adalah perjanjian yang dibuat pemimpin terdahulu, bila Perdana Menteri kata kita pulangkan kalau ada apa-apa yang terambil itu maksudnya apa yang diambil oleh yang memerintah selama 22 tahun, maka kita mahu pulangkan.
“Jika ada isu terlepas pandang atau tidak diselesaikan oleh pemimpin terdahulu, insya Allah Perdana Menteri akan cari jalan untuk selesaikan perkara-perkara itu,” katanya ketika berucap dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di sini hari ini.
Yang turut hadir, Menteri Luar merangkap penyandang Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman; penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut, Datuk Mohd. Ariffin Arif dan penyandang ADUN Bongawan, Datuk Mohamad Alamin. - UTUSAN ONLINE