.... Mahathir Anggap Hina India Dengan Panggilan “Keling” Tidak Apa? | AAKJ




MALAYSIA terdiri dari berbilang kaum. Oleh itu, adalah mustahak untuk kita menjaga sensitiviti diantara satu sama lain. Namun perkara ini tidak menjadi keutamaan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sejak beliau menyertai pakatan pembangkang diketuai DAP.
Mahathir dikritik kerana menggunakan julukan berunsur perkauman iaitu perkataan “keling” ketika mengkritik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan dilaporkan berkata “Saya mahu gunakan perkataan ‘keling’. Orang ‘keling’ cakap podah”.
Ramai pihak menyuarakan rasa tidak puas hati dengan tindakan beliau tersebut namun Mahathir dengan sombong dan bongkak menegaskan yang orang yang tidak tahan dengan panggilan tidak enak perlu menjauhi politik.
Sekarang kita bercakap berkenaan perkataan yang ditujukan kepada rakyat Malaysia dari kaum India. Wajarkah beliau menggunakan alasan tersebut semata-mata mahu “menghalalkan” segala kesalahan beliau?
Hati kaum India makin terguris apabila Mahathir bertindak mempertahankan tindakan beliau kononnya “keling” merupakan perkataan yang digunakannya sejak kecil lagi.
“Itu bahasa kita dan di kalangan kita, kita gunakan perkataan keling sejak saya kecil lagi. Tak ada masalah, kawan-kawan keling saya tak pernah marah saya, pasal apa MIC nak marah?” soalnya.
Semua rakyat Malaysia tahu perkataan yang digunakan itu adalah satu penghinaan kepada kaum India, dan tindakan Mahathir itu membuktikan beliau memandang rendah kepada masyarakat India Malaysia selama ini.
Mahathir berkata, mereka yang menyertai politik akan terdedah kepada panggilan tidak enak. Kaum India dinasihatkan memberi pengajaran kepada Mahathir yang bersama pakatan pembangkang dengan menolak mereka di peti undi.
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata padah jadinya.
– pru14.tv

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top