Menu

IKLAN

Hasil carian imej untuk gst malaysia
Berikut adalah mengenai kutipan GST dan bayaran BR1M sejak 2 tahun lalu berdasarkan perangkaan kerajaan.

GST 2016 -RM41.21 bilion
-Semenanjung -RM36.54 bilion
-Sabah -RM1.97 bilion
-Sarawak -RM2.7 bilion

GST 2017 -RM44.29 bilion
-Semenanjung -RM39.04 bilion
-Sabah -RM2.17 bilion
-Sarawak -RM3.08 bilion

BR1M 2016 -RM5.34 bilion
-Semenanjung -RM4.31 bilion
-Sabah -RM482 juta
-Sarawak -RM550 juta

BR1M 2017 -RM6.31 bilion
-Semenanjung -RM5.07 bilion
-Sabah -RM580 juta
-Sarawak -RM661 juta

Ini bermakna Sabah dan Sarawak telah menyumbang 4.8% dan 6.6% dari semua kutipan GST di Malaysia tetapi mereka menerima bayaran BR1M sebanyak 9.1% dan 10.4%.

Malahan, dari setiap RM1 yang dikutip dari GST di Sabah, mereka menerima balik sebanyak 21 sen di dalam bentuk BR1M, sementara di Sarawak menerima 26 sen dalam bayaran BR1M untuk setiap kutipan RM1 dari GST -  lebih dari separuh kali ganda berbanding di Semenanjung.

Ini bermakna wujud pemulangan semula di dalam pengagihan kekayaan dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak.

Tidak seperti di zaman Tun Mahathir di mana kekayaan dari Sabah dan Sarawak telah dibawa ke Semenanjung dan mereka ini dibiarkan untuk mendapat sedikit pembangunan, kini dengan pelaksanaan GST membolehkan agihan kekayaan ini dibawa pulang ke Sabah dan Sarawak agar mereka dapat mengejar arus pembangunan setara di Semenanjung.

Dalam beberapa tahun lepas, Sabah dan Sarawak telah diberikan peruntukan yang lebih besar di dalam peruntukan kerajaan persekutuan untuk pembangunan melibatkan projek besar seperti Lebuhraya Pan Borneo.

Ini barulah adil.

Perangkaan ini jelas menunjukan bahawa pihak yang lebih kaya akan membayar lebih banyak GST dan bukannya golongan miskin -  sekali lagi membuktikan sistem yang adil ini adalah untuk mengimbangi pembangunan dan bantuan kepada mereka yang memerlukannya.

Eric See-To


 
Top