Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng pada majlis Jamuan Makan Malam Dana Pilihanraya Kawasan Parlimen Iskandar Puteri di Restoran Pekin Sutera, Sutera Mall, Skudai di sini malam ini.
Pada PRU-13, Penasihat DAP itu menewaskan bekas Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman dengan majoriti 14,762 undi.
Sejak 1969 sehingga 2013, Kit Siang telah bertanding di tujuh kerusi Parlimen berbeza di Melaka, Pulau Pinang, Perak dan Johor dan sekali tewas di Parlimen Bukit Bendera pada 1999. - UTUSAN ONLINE
© Utusan Melayu (M) Bhd