.... Kini masa untuk merenung semula | AAKJ



Imej yang berkaitan

Tulisan asal oleh:
Salleh Said Keruak, Blog Salleh Said Keruak, 15 April 2018

GE14 akan berlangsunng kira-kira tiga minggu lagi selepas lima tahun berkempen. Ya, begitu lama sebenarnya kempen pilihan raya telah berlangsung: lima tahun. Ini kerana pakatan pembangkang memulakan kempen untuk PRU14 sehari selepas PRU13.

Barisan Nasional memberi tumpuan lebih kepada mentadbir negara dan bukannya menyerang bahagian lain dari jurang politik seperti apa yang dilakukan pakatan pembangkang. Kita tidak boleh main politik setiap hari dalam kehidupan kita. Ada masa dimana kita perlu melakukan kerja.

Kini sudah tiba masanya untuk rakyat Malaysia merenung semula apa yang telah dicapai oleh kerajaan dalam tempoh lima tahun yang lalu. Barisan Nasional adalah kerajaan berteraskan rakyat. Dan kita tahu rakyat adalah bos dan rakyat akan menilai kita di kotak undi. Dan itulah sebabnya kita sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat.

Jadi hakimi Barisan Nasional atas prestasi kami dan bukan pada retorik kosong. Membuat janji yang salah dan tidak dapat dipenuhi adalah mudah. Memenuhi janji itu tidak begitu mudah. Tetapi Barisan Nasional menyampaikan apa yang dijanjikan, seperti yang ditunjukkan dalam rekod prestasi kami.

Link asal artikel:
https://sskeruak.blogspot.my/2018/04/it-is-now-time-for-reflection.html

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top