.... Himpunan Ratu Hati Negaraku bergema dengan laungan 'Wanita, Hebat!' | AAKJ



KIBARAN bersemangat bendera Barisan Nasional (BN) oleh Wanita BN pada perhimpunan Ratu Hati Negaraku
KIBARAN bersemangat bendera Barisan Nasional (BN) oleh Wanita BN pada perhimpunan Ratu Hati Negaraku di Pusat Dagangan Putra (PWTC) dekat sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
KUALA LUMPUR 24 April - Himpunan Ratu Hati Negaraku yang berlangsung bagi menzahirkan Manifesto Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bergema dengan laungan kuat ‘Wanita, Hebat!’ daripada para Wanita BN yang hadir dari seluruh negara.
Laungan itu sekaligus membuktikan tanda sokongan para wanita BN terhadap 25 inisiatif khusus dalam memartabatkan kaum hawa di negara ini pada Manifesto BN yang dibentangkan pada 7 April lalu.
Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, kebahagiaan wanita kini menjadi kunci kejayaan kepada mana-mana kerajaan dalam sesebuah negara dan Wanita BN akan memastikan keseimbangan pembangunan negara tercapai, dengan menentukan kebahagiaan wanita Malaysia.
“Indahnya manifesto ini, wanita bukan hanya dibahagiakan oleh satu bab khusus untuk wanita, malah jika diteliti helai demi helai, 80 peratus daripada 364 inisiatif dalam manifesto ini, dizahirkan untuk menjayakan wanita termasuk juga jaminan untuk orang muda.
“Maka, dengan itu sebagai menyambut mandat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk terus membahagia dan menjayakan wanita, kami dengan penuh iltizam mengangkat 364 inisiatif, 14 teras dan 25 insiatif khusus untuk wanita dengan merentasi 12 kumpulan sasar,” katanya pada Program Ratu Hati Negaraku yang bersiaran secara langsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dekat sini hari ini.
Himpunan yang dihadiri lebih 5000 Wanita BN dari seluruh Malaysia itu turut menerima kejutan dengan kehadiran Perdana Menteri yang tiba pada saat-saat akhir perhimpunan tersebut.
Hadir sama, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Antara inisiatif Manifesto BN yang melibatkan golongan wanita adalah menu­buhkan Majlis Ekonomi Wanita (MEW) khusus untuk agenda ekonomi wanita, memudah cara proses pemerolehan pinjaman golongan wanita tunggal, memudahkan syarat pinjaman mikro kredit untuk usahawan wanita dan mewujudkan Koperasi Wanita yang menawarkan kemudahan simpanan serta pinjaman kewangan. - UTUSAN ONLINE

© Utusan Melayu (M) Bhd 

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top