Antaranya ialah calon BN untuk Parlimen Gombak, Datuk Abdul Rahim Pandak Kamaruddin; calon gabungan pembangkang PKR , Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan calon Pas, Khairil Nizam Khirudin.
Selain penamaan calon bagi Parlimen Gombak , turut berlangsung adalah penamaan calon bagi DUN Sungai Tua , Gombak Setia dan Hulu Kelang.
Ketika ini, pegawai pengurus pilihan raya serta kakitangan SPR sedang meneliti borang pencalonan dan dijadualkan akan mengumumkan senarai calon pada pukul 10 pagi ini. - UTUSAN ONLINE