.... Dr Tan Seng Giaw Tetap Pertahan Kenyataan Tentang Najib, 1MDB | AAKJ



Veteran DAP Dr Tan Seng Giaw yang baru-baru ini digugurkan sebagai calon mempertahankan kenyataan bahawa perdana menteri tidak boleh dipertanggungjawabkan dalam urusan 1MDB.
Beliau memberitahu FMT dia hanya merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara 2016.
“Laporan audit tidak dikeluarkan kepada orang awam. Ramai orang tidak tahu kandungannya, jadi untuk mereka memberi komen adalah tidak berasas,” katanya. “Saya telah membacanya berkali-kali.”
Katanya, beliau tidak boleh menghuraikan laporan itu dengan lebih lanjut kerana dikelaskan bawah Akta Rahsia Rasmi.
Bekas naib pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) itu berkata, Datuk Seri Najib Razak tidak terlibat dalam urusan 1MDB kerana beliau hanya pengerusi lembaga penasihatnya.
Semalam, Najib berkata ahli veteran DAP itu digugurkan kerana bercakap benar mengenai 1MDB.
Tan digugurkan sebagai calon Kepong, kerusi yang disandang selama 8 penggal.
“Dia cakap benar dan kena buang (digugurkan sebagai calon). PAC dalam isu 1MDB, dia kata perdana menteri tidak buat apa-apa salah. Dia cakap benar dan dia tidak dicalonkan,” kata Najib.
Apabila ditanya sama ada beliau bersetuju dengan Najib bahawa beliau digugurkan kerana pendiriannya dalam isu 1MDB, Tan enggan mengulas dan berkata semuanya spekulasi.
Tan dikhabarkan berbeza pendapat dengan kepimpinan parti kerana mengkritik kerajaan Pulau Pinang berhubung pengurusan isu alam sekitar.
Kerusinya di Kepong diberi kepada penyandang Parlimen Segambut, Lim Lip Eng.
#HarapanPalsu #HarapanFitnah

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top