.... Dr Mahathir tetap bertanding PRU-14 | AAKJ




KUALA LUMPUR: Walaupun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kini dibubar sementara, Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau tetap bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ini.
"Saya masih percaya, saya seorang warga Malaysia ada hak bertanding. Kami boleh guna mana-mana logo, malah kami juga boleh bertanding atas tiket individu," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Semalam, Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengeluarkan perintah pembubaran sementara terhadap PPBM, berdasarkan notis mengikut Seksyen 14(5) Akta Pertubuhan 1966.
Ketua Pengarah ROS, Surayati Ibrahim berkata, perintah itu memperuntukkan PPBM diberi tempoh 30 hari untuk menghantar semua dokumen diperlukan ROS dan jika ada rayuan dan ditolak, PPBM akan dibatalkan pendaftarannya.
PPBM juga tidak boleh menggunakan nama dan logo parti dalam tempoh perintah pembubaran sementara itu serta tidak dibenar melaksanakan sebarang aktiviti berkaitan parti.
Mengulas mengenai hal itu, Mahathir berkata, istilah 'pembubaran sementara' yang digunakan ROS mengelirukan pihaknya.
"Jika mereka kata kita batal, jelas kita tidak boleh mengatakan yang kita daripada PPBM," katanya.
Oleh Idris Musa

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top