.... Dari mana sumber kewangan PAN? | AAKJ



Dari mana sumber kewangan PAN?
KOTA BHARU 18 April - Pas mencabar PAN supaya mendedahkan sumber kewangan bagi menguruskan parti dan membiayai calon serta kempen mereka untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, pihaknya tertanya-tanya, siapakah ‘taukeh’ besar di belakang PAN yang dilihat mampu berbelanja dengan mewah sejak ditubuhkan sehingga kempen PRU-14 bermula.

Katanya, semua orang ingin tahu, bagaimana PAN mampu menampung kos sebegitu besar, sedangkan parti itu baru sahaja ditubuhkan, tidak menjadi kerajaan di mana-mana negeri dan tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh.


“Yang mu nak bertanding (dalam PRU-14), ambil wang dari mana? Ahli PAN di Kelantan berapa orang? Bendera bukan main banyak lagi di Kelantan, belum isytihar (pilihan raya) bendera sudah ada seluruh negeri. Taukeh mana beri wang?
“Saya cabar PAN dedahkan sumber kewangannya. Beritahu rakyat, siapa beri? Taukeh mana? PAN ini kerajaan tak ada, wakil rakyat berapa orang sahaja, tetapi masa isytihar penubuhan parti dulu, mampu buat di hotel besar,” katanya dalam Ceramah Perdana di Panji, di sini semalam.
Mohd. Amar berkata, beliau melontarkan persoalan itu kerana pemimpin PAN kini dikatakan aktif mempertikaikan kemampuan kewangan Pas untuk bertanding di lebih 150 kerusi dalam PRU-14 di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp.
“Dia tanya wang kita dari mana? Dia ingat kita ni bangsat sangat ke? Kita lawan UMNO sejak 1951 di seluruh negara. Kalau selama ini sudah 13 kali PRU kita keluarkan wang untuk bayar deposit, beli bendera, beri makan jentera, takkan PRU-14 kita tidak boleh keluarkan wang?
“Tok Guru pernah sebut, wang Pas ada dalam poket orang Pas. Ahli Pas tak kurang sejuta. Kalau belanja PRU-14 lebih kurang RM34 juta, cukup dengan seorang ahli Pas bayar RM50, sudah dapat kumpul RM50 juta,” katanya. - UTUSAN ONLINE





Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top