.... DAP tunjuk belang umum calon menteri Kabinet | AAKJ



Najib Razak
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, DAP sudah menunjukkan belangnya dengan mengumumkan dua anggota parti itu sebagai calon menteri Kabinet.


Najib menerusi laman Twitter hari ini mempersoalkan pengumuman yang dibuat Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kerana Ketua Menteri Pulau Pinang itu bukanlah calon perdana menteri dipilih Pakatan Harapan (Harapan).
Calon perdana menteri Harapan adalah Tun Dr Mahathir Mohamad."Kuasa mutlak bagi menentukan calon menteri Kabinet terletak pada perdana menteri.
“Jelas parti mana yang sebenarnya pegang kuasa dalam Harapan, yang lain tu pak turut saja,” katanya.
Baru-baru ini, Guan Eng mengumumkan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming dan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong sebagai calon menteri Kabinet jika masing-masing menang kerusi Parlimen Teluk Intan di Perak dan kerusi Parlimen Ayer Hitam di Johor. - Bernama


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top