Menu

Artikel Roketkini
KOTA BHARU 27 April - DAP akhirnya berjaya bertapak di negeri ini apabila wakilnya yang juga merupakan Orang Asli, Nasir Dollah diumumkan sebagai salah seorang calon gabungan pembangkang PKR Kelantan, malam tadi.
Nasir akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas. Walaupun tidak diumumkan sebagai wakil DAP dalam majlis pengumuman, status Nasir sebagai ahli dan calon tunggal DAP sudah pun diuar-uarkan dalam portal rasmi DAP iatu RoketKini.
Usaha Utusan Online mendapatkan pengesahan status parti diwakili Nasir Dollah juga gagal apabila rata-rata pemimpin gabungan tersebut memberi jawapan 'tidak pasti' dan 'tidak ingat'.
Sementara itu, senarai calon gabungan tersebut bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) disifatkan hambar dengan kebanyakan mereka merupakan muka baharu dan kurang dikenali rakyat.
Buktinya, kira-kira 300 penyokong yang menghadiri majlis pengumuman calon bagi kesemua 45 kerusi DUN dan 14 kerusi Parlimen di Bilik Operasi PH Kadok, di sini terpinga-pinga ketika nama kebanyakan calon diumumkan.
Mereka hanya bersorak sekali-sekala apabila mendengar nama-nama yang biasa didengar seperti Naib Presiden PAN, Husam Musa; Pengerusi PPBM negeri, Datuk Kamaruddin Mohd. Nor dan Pengerusi PKR negeri, Ab. Aziz Ab. Kadir.
Rata-rata mereka juga tertanya-tanya calon berkenaan mewakili parti mana kerana tidak diumumkan oleh pengerusi majlis.
Dalam sidang akhbar sejurus selepas majlis, Husam yang ditanya mengenai pecahan parti memberitahu, gabungan tersebut kini tidak lagi dipecahkan kepada parti-parti komponen sebagai mengambil semangat kesatuan dalam kalangan mereka.
"Calon kita sekarang atas nama Pakatan Harapan. Tidak lagi atas nama parti komponen masing-masing," ujarnya tanpa mengulas lanjut.
Dalam senarai calon terbabit, Husam akan bertanding di Parlimen Kota Bharu selain mempertahankan DUN Salor yang dimenanginya dalam PRU-13 manakala Kamaruddin diletakkan di Parlimen Pasir Puteh.
Ab. Aziz pula akan bertanding di DUN Melor.
Sementara itu, bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman yang pernah menguruskan enam kali pilihan raya dan berpengalaman luas dalam ehwal politik di peringkat nasional tidak akan bertanding kerusi Parlimen, sebaliknya hanya diletakkan di DUN Kota Lama. - UTUSAN ONLINE
Senarai calon Gabungan Pembangkang PKR Kelantan bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang diumumkan malam tadi: 
(P.019) TUMPAT - Datuk Nordin Salleh (PPBM)
(N.01) PENGKALAN KUBOR - Datuk Wan Rosdi Mat Rasik (PKR)
(N.02) KELABORAN - Nik Faezah Nik Othman (PAN)
(N.03) PASIR PEKAN - Wan Johari Wan Omar (PPBM)
(N.04) WAKAF BHARU - Mohd. Khir Zahari Abdul Ghani (PAN)

(P.020) PENGKALAN CHEPA - Muhammad Ibrahim (PKR)
(N.05) KIJANG - Nasruddin Abdullah (PPBM)
(N.06) CHEMPAKA - Hashim Mohammad (PAN)
(N.07) PANCHOR - Zulhazmi Hassan  (PAN) 

(P.021) KOTA BHARU - Husam Musa  (PAN)
(N.08) TANJONG MAS - Dr. Hafidzah Mustakim (PAN)
(N.09) KOTA LAMA - Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman (PPBM)
(N.10) BUNUT PAYONG - Sanusi Othman (PAN) 

(P.022) PASIR MAS - Che Ujang Che Daud (PKR)
(N.11) TENDONG - Dr. Wan Zulkhairi Wan Mad. Zin (PPBM)
(N.12) PENGKALAN PASIR - Dr. Sharani Mohd Naim (PAN)
(N. 13) MERANTI - Mohd. Romizu Mohd. Ali (PAN) 

(P. 023) RANTAU PANJANG - Dr. Wan Shah Jehan Wan Din (PAN)
(N.14) CHETOK - Ali Abdul Rahman Hasan
(N.15) GUAL PERIOK - Mohd. Ridzuan Muhamad
(N.16) APAM PUTRA - Mohd. Hisyamuddin Ghazali

(P.024) KUBANG KERIAN - Datuk Dr. Abdul Halim Yusof (PAN)
(N.17) SALOR - Husam Musa (PAN)
(N.18) PASIR TUMBOH - Mohd. Nor Mat Yajid
(N.19) DEMIT - Dr. Wan Ahmad Kamil Wan Abdullah
     
(P.025) BACHOK - Zulkifli Zakaria  (PPBM)
(N.20) TAWANG - Mohamad Azihan Che Seman
(N.21) PANTAI IRAMA - Datuk Ismail Ghani
(N.22) JELAWAT - Mohd. Fahmi zakaria 

(P.026) KETEREH - Dr. Mohd. Radzi Mohd. Jidin (PPBM)
(N.23) MELOR - Abdul Aziz Abdul Kadir
(N.24) KADOK - Che Ibrahim Mohammad
(N.25) KOK LANAS - Dr. Mohd. Hanafi Ismail 

(P.027) TANAH MERAH - Dr. Mohd. Fauzi Zakaria (PKR)
(N.26) BUKIT PANAU - Hisham Fauzi
(N.27) GUAL IPOH - Datuk Mohd. Soba Hussin
(N.28) KEMAHANG - Bahari Mohamad Nor 

(P.028) PASIR PUTEH - Datuk Kamaruddin Mohd. Nor (PPBM)
(N.29) SELISING - Ismail Muhammad
(N.30) LIMBONGAN - Zarir Yaakob
(N.31) SEMERAK - Wan Marzudi Wan Omar
(N.32) GAAL - Abdul Rahman Yaacob 

(P.029) MACHANG - Datuk Sazmi Miah (PPBM)
(N.33) PULAI CHONDONG - Abdul Halim Abdul Kadir
(N.34) TEMANGAN - Mohd. Ridzuan Alias
(N.35) KEMUNING -  Abdul Kadir Osman 

(P.030) JELI - Azran Deraman (PPBM)
(N.36) BUKIT BUNGA - Asran Alias
(N.37) AIR LANAS - Dr. Aminuddin Yaacob
(N.38) KUALA BALAH - Dr. Mohd. Hafidz Rizal Amran 

(P.031) KUALA KRAI - Dr. Ir Mohd. Yazid Abdullah (PAN)
(N.39) MENGKEBANG - Wan Mohammad Azran Ahmad
(N.40) GUCHIL - Mohd Roslan Putih
(N.41) MANEK URAI - Mohamed Dahan Mat Jali
(N.42) DABONG - Wan Ahmad Fadzil Wan Omar 

(P.032) GUA MUSANG - Mohd. Nor Hussin (PPBM)
(N.43) NENGGIRI - Othman Yusoff
(N.44) PALOH - Noraini Husain
(N.45) GALAS - Nasir Dollah



© Utusan Melayu (M) Bhd 



 
Top