Menu

IKLAN

DATUK Onn Hafiz Bin Ghazi. - Foto NSTP
SIMPANG RENGGAM: Cicit kepada Pengasas dan Presiden UMNO, Datuk Onn Jaafar, iaitu Datuk Onn Hafiz Ghazi, yang juga calon muka baharu Barisan Nasional (BN), bertanding merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-layang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Beliau yang juga anak saudara kepada Menteri Pertahanan merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, bakal berdepan dua pencabar iaitu Mohd Jubri Selamat dari PAS dan calon PKR, M S Murugan.
Cucu kepada bekas Perdana Menteri ketiga, Tun Hussein Onn itu, akan berjuang untuk mengekalkan kerusi DUN Layang-layang milik BN, yang sebelum ini disandang Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abd Mutalip Abd Rahim, yang memenangi kerusi itu dengan majoriti 2,518 undi pada PRU-13.
-Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein


 
Top