.... Calon termuda BN Negeri mahu wujudkan lembah ilmu | AAKJ



CALON Barisan Nasional N.21 Bukit Kepayang, Mak Kah Keong pada majlis pengumuman Calon Barisan Nasional Negeri Sembilan di kediaman rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan, Seremban. - Foto Iqmal Haqim Rosman
SEREMBAN: Mak Kah Keong, 33, calon termuda ditampilkan yang Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bagi pilihan raya umum Ke-14 (PRU-14) berazam untuk menjadikan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepayang sebagai lembah ilmu.
Penasihat undang-undang Biro Aduan Nasional Gerakan itu yang turut aktif sebagai Askar Wataniah berkata, untuk mencapai objektif itu beliau akan mengadakan pelbagai program bercorak pendidikan dan ilmiah di kawasan yang akan ditandinginya itu.
Beliau ditemui selepas majlis pengumuman kesemua DUN dan Parlimen oleh Pengerusi BN Negeri Sembilan yang juga Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan di kediaman rasmi Menteri Besar di sini, hari ini.
Jika Kah Keong calon termuda, Duta Besar Malaysia ke Kemboja Datuk Seri Hasan Malek pula menjadi calon tertua yang ditampilkan BN negeri dalam PRU kali ini.
Hasan, 71, dicalonkan untuk mempertahankan kawasan Parlimen Kuala Pilah yang disandangnya selama tiga penggal sejak 2004.
"Ini adalah satu amanah yang perlu saya pikul sebaik mungkin. Pencalonan saya ini juga adalah satu hadiah yang amat berharga kerana esok adalah hari ulang tahun kelahiran saya," katanya. - BERNAMA

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top