.... BN pertaruh 28 muka baharu di Kelantan | AAKJ



BN
SEBAHAGIAN daripada pemimpin dan penyokong BN yang hadir pada Majlis Pengumuman Calon BN Kelantan di Bangunan UMNO Kelantan, Kota Bharu hari ini. - UTUSAN ONLINE
KOTA BHARU 23 April - Barisan Nasional (BN) Kelantan membariskan 28 muka baharu daripada 59 calon yang akan bertanding di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, dua calon baharu akan bertanding di kerusi Parlimen manakala 28 lagi di DUN.

Beliau berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak lapan calon muda manakala empat mewakili wanita.
“Senarai calon ini adalah hasil input daripada pelbagai pihak termasuk ketua-ketua UMNO bahagian dan parti komponen; kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), keputusan akhir telah dibuat oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Barisan ini adalah barisan terbaik yang diketengahkan, merangkumi pimpinan politik; wakil daripada setiap sayap Wanita, Pemuda dan Puteri; pegawai kerajaan; sektor swasta; golongan agama serta pemimpin NGO,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pada Majlis Pengumuman Calon BN Kelantan Pilihan Raya Umum Ke-14 di Bangunan UMNO Kelantan di sini hari ini.
Mustapa berkata, kesemua penyandang kerusi Parlimen dan DUN sebelum ini dikekalkan kecuali Datuk Norzula Mat Diah di Paloh.
“Pengguguran beliau yang juga Ketua Pembangkang dalam sidang DUN pada penggal lalu mengambil kira semua aspek selepas pucuk kepimpinan parti membuat pertimbangan yang mendalam.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada Norzula atas khidmat bakti beliau selama 28 tahun sebagai ADUN Paloh dan kita berharap beliau akan membantu jentera BN untuk mencipta sejarah di Kelantan,” katanya.
Beliau turut berharap semua jenteta dan penyokong BN akur dengan keputusan pucuk pimpinan parti serta menunjukkan komitmen yang tinggi dalam perjuangan menempuh PRU-14. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/politik/bn-pertaruh-28-muka-baharu-di-kelantan-1.656198#ixzz5DWGLoMpd
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top